Tutorial : New Twitter Widget

Thursday, December 29, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Berminat nak letak widget twitter dalam blog, tapi taktau cara dia? Ok meh sini aku nak tolong ajar cara mudah yang korang cuma perlu copy paste sahaja. Macam mana preview widget tersebut? 





<center><div style="width:230px; border:4px double #eee;" ><a class="twitter-timeline" data-width="230" data-height="300" data-theme="light" href="LINK TWITTER KORANG"></a><script async src="//platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script></div></center>

Copy code atas ni and paste Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript.

Gantikan mana yang dibold tu mengikut citarasa korang. Yang untuk light tu boleh ganti ke dark.  Yang aku merah tu kena make sure sama ya. Satu lagi sebagai nota tambahan, kalau twitter korang protected, dia takkan keluar apa apa ye. So make sure unprotect korang punya twitter ye. Sekian


Wasalam.

My Obsession

Monday, December 26, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semalam seharian aku buat proses pembasmian serta pembersihan ke semua entry entry lama aku. Total entry sebelum sekitar 463 something. Tapi lepas dah tapis, saring dan delete akhirnya tinggal 304 sahaja. Dalam proses men-delete tu sempat aku baca balik apa semua yang pernah aku merepek dekat blog dulu. Rasa macam tak kenal diri aku yang dulu. Hahaha.


Ok berbalik semula kepada tajuk entry. Habit aku dulu setiap kali edit blog, aku akan screenshot new look and update blog pasal new look. So here antara screenshot yang sempat aku selamatkan. Banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku sekalikan screenshot cuma yang ini. So lets check it out :-


2013



2014






2015







2016






Haa tu dia. Dah boleh buat satu album aku rasa. Kekerapan edit blog lebih kerap berbanding update blog. Evolusi punya evolusi tapi warna blog memang tak boleh lari dari warna hitam, kelabu and putih and design macam biasa, semua membosankan. Hahaha. Ok sekian entry throwback. Kalau ada antara design design lama tu korang berkenan bagitau ye. Kot boleh aku bagi sebagai freebies ke. Hehehe.


Wasalam.

Tutorial : Remove Powered By Blogger

Saturday, December 24, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau korang scroll bawah sekali pada blog korang atau tengok di layout blog akan nampak satu widget attribution Powered by Blogger. Okay sini aku nak share dua cara mudah untuk buang widget tersebut.


Cara Satu.

1. Template > Edit HTML > CTRL + F code bawah ini ;

<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution' visible='true'>

2.  Gantikan perkataan true kepada false kemudian save.

3. Pergi ke Layout > Attribution Gadget > Edit > Remove > Save.




Cara Dua

1. Template > Edit HTML > CTRL + F code ni ]]></b:skin>

2. Copy code bawah ni, paste di ATAS code ]]></b:skin> tadi.

#Attribution1 {
display:none!important;
}
3. Save


Boleh pilih salah satu cara sebab dua dua berkesan. Kalau tak berkesan, do inform me okay.

Sekian.

XPAX #NoKelentong

Thursday, December 22, 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rasa perang telco ni takkan ada penyudah. Lepas satu satu pihak telco mempromosikan diorang punya product and services. Baru baru ni pihak XPAX tak terlepas dari memperkenalkan satu sim baru yang dipanggil #NoKelentong. Apa yang menarik tentang sim ni?



Sim ni didatangkan dengan 10GB Basic Internet dengan berkelajuan 64kbps dan juga 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook sahaja. So kepada kaki Facebook luar sana, aku rasa sim ini sangat sangat lah berbaloi untuk kalian. Korang boleh menikmati 10GB ni like a boss dengan syarat sim korang mesti aktif. Selain itu, sim terbaru dari XPAX ni juga ada menawarkan internet serendah RM3 untuk 1GB/day.


Untuk rate panggilan dan sms untuk sim ini tidaklah terlalu murah and tidaklah terlalu mahal. Memandangkan sim ini lebih tertumpu kepada penawaran internet yang berkapasiti besar.

Call Rate 30sen/min to all network
SMS Rate 15sen/SMS to all network

Agak agaknya pelanggan XPAX yang sedia ada sebelum ni berminat dengan plan terbaru ini tapi taknak beli no baru. Jangan risau, korang boleh convert korang punya no ke plan terbaru ni dengan PERCUMA. Caranya mudah taip MIG XPAX dan hantar ke 28882. Kemudian follow arahan seterusnya dari pihak XPAX and siap. Semudah ABC. Haa apa tunggu lagi. Kalau berminat sila dapatkan segera yaa. Yang sedia ada, boleh pakat convert ramai ramai. Hehe. Tapi kalau tak salah aku, rata rata pengguna XPAX merindui Internet Burung Hantu. Ye dakk?


Sekian.

PandaiBot

Sunday, December 18, 2016


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Ramai tak di antara korang pengguna Telegram? Kalau tak ramai haruslah korang install app ni sekarang juga sebab benda menarik yang aku nak kongsi ni khas untuk pengguna Telegram sahaja.


PandaiBot

Membantu korang dalam pelbagai urusan terus melalui applikasi Telegram tanpa perlu korang buka applikasi lain. Contoh ia membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak status penghantaran courier sperti PosLaju, SkyNet, Gdex dan lain lain lagi. Waktu solat seluruh Malaysia juga kita boleh tengok melalui PandaiBot ni. Cakap panjang panjang pon tak guna, meh sini aku tunjuk gambar supaya korang lebih jelas dan nampak.


1. Install Telegram dan daftar.

2. Search PandaiBot

3. Dah jumpa nanti klik start




4. Taip /help untuk tampilkan perkhidmatan yang PandaiBot ni sediakan.



5. Haa nampak kan menu tu, so haruslah kalian kalian mencuba setiap satu menu yang disediakan oleh PandaiBot ni ye.



To be honest, aku excited bila dapat tahu benda ni. Dia punya excited sampai aku update kat blog. Tapi dengan tunggang langgang entry aku ni. Maafkan aku. Selain itu kalau korang nak tau, aku download semua english series pon hanya guna Telegram sahaja. Movie pon. Nak tau macam mana? Stay tuned. Next entry InsyaAllah aku share channel channel menarik :D


Sekian.

Unlimited Passes By DIGI

Friday, December 09, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Tahukah anda wahai pengguna Digi Prepaid yang pihak Digi tengah buat promosi Unlimited Passes Internet dengan harga serendah RM1/Day? Yes serendah RM1 SAHAJA!



klik gambar untuk paparan lebih jelas


Takut tak ramai yang tahu promosi benda best ni, jadinya aku pon share-lah dengan korang semua sebab aku sendiri pon baru tahu. Hahaha. Tapi sedih sebab diri sendiri tak boleh nak guna. Sebabnya saya pengguna Digi Postpaid dan benda ni cuma tertakluk untuk pengguna Digi Prepaid sahaja. Alahai, kalau tidak memang dah balun yang RM8 Unlimited High Speed Internet. Woot woot. Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI.


Sekian.

Wordless Wednesday

Wednesday, December 07, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera





Recently aku baru follow akaun Nakbebel dekat twitter. So aku suggest korang untuk follow jugak sebab sometimeskan, dia punya quote boleh motivate ourself. Seriously no kidding. Atas ni antara contoh yang the best minggu ni. So bila aku dah mula menaip yang bukan bukan, aku rasa entry ni dah tak boleh nak panggil Wordless Wednesday lagi. Hahaha


Sekian.

Samyang Hot Cheese Chicken Ramen

Friday, December 02, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Selang beberapa hari kebelakang, masa tengah menghabiskan masa aku berlegar legar dekat facebook, secara tak sengaja aku terpandang satu iklan.



Memandangkan dulu aku agak hardcore dengan Samyang Original yang plastik warna hitam tu, maka nya desire untuk rasa yang ini sangat sangat tinggi. Siap tag member aku and plan nak beli online. Sebab aku dapat rasa macam susah nak dapat, even yang original punya pon only selected mall je ada. Tapi nak dipendekkan cerita secara kebetulan aku keluar semalam ke AEON Anggun secara tak sengaja aku nampak ni ;




Kurang dari 5 saat satu paket dah ada dalam genggaman tangan. Kemudian baru tengok harga. Hahaha. Ok aku ada rasa nak cuba yang plastik biru tu, tapi memandangkan TIADA logo halal KMF, jadinya aku tak beli. Tertanya tanya macam mana rasa dia and apa beza dengan yang Original punya.








Sos Paste dia dah dicampur dengan keju sebab bau keju sangat sangat kuat. Another one serbuk keju yang dalamnya ada Seaweed. Since aku peminat keju of course aku suka bau sos paste dia, tapi once kau dah gaul dengan dia punya Mee tu bau dia kurang menyenangkan. For me lah. Tapi bau tu kuat masa tengah panas, once dah sejuk bau biasa biasa. Aku rasa macam combination tak berapa sesuai kerana ia menghasilkan bau yang agak pelik.



Rasa? Macam rasa original cuma this one rasa berlemak sikit. Yela sebab keju kan. Rasa keju dia pon agak pekat aku boleh cakap. Honestly aku prefer yang original punya. Sebab aku rasa this one macam quite pedas sikit than original one sebab sikit pon aku tak dapat rasa manis masa makan. Kalau original punya yes, i still can taste dia punya manis tu, tapi this one no manis at all. Tapi tak salah pon kalau nak cuba, lidah masing masing kan. Aku pon takde rasa menyesal beli sebab masih sedap, cuma tak dapat menandingi yang Original punya. Adios.


Sekian.

Tutorial : Social Icons

Tuesday, November 29, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera



First of all, ini bukan tutorial aku. I took from that website. Cuma ada few codes yang aku ubah ikut citarasa aku. Hahaha. Sekadar nak berkongsi dengan korang if any of you guys are looking for this. Macam mana social icons ni?


Thats it. So here is the codes ;

1. CSS Code.
<link rel="stylesheet" href="//maxcdn.bootstrapcdn.com/font-awesome/4.3.0/css/font-awesome.min.css" />

cari code <head> and paste code atas ni bawah code <head> and then save.


2. Add Gadget > HTML/JavaScript, and paste code bawah

<style>
#socialicons {
    text-align: center;
}
#socialicons .icon{
    color: black;
    display: inline-block;
    font-size: 20px;
    text-align: center;
    margin: 0 6px 5px;
}
#socialicons .icon:hover{
    color: blue;
}
</style>

<div id="socialicons">
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-twitter"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-facebook"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-instagram"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-google-plus"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-heart"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-pinterest"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-youtube"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-tumblr"></i></a>
<a class="icon" href="LINK"><i class="fa fa-rss"></i></a>
<a class="icon" href="mailto:LINK"><i class="fa fa-envelope"></i></a>
</div>


3. Edit semua bold code, save and Siap


Tell me if its not working okay, InshaAllah i'll try to help :)


Sekian.

Simple Touch Up


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Lama dah aku nak edit rupa blog aku ni. Macam biasa, kekerapan tukar design blog lebih kerap kalau nak dibandingkan dengan kekerapan meng-update blog. Ada dalam dua tiga kali try cuba update entry, tapi last last post biar basi dalam draft. Okay biar sampai mereput sampai bila bila. Actually cubaan nak ubah rupa blog pon dah banyak kali tapi mood selalu mati tengah separuh jalan. Kali ni aku decide nak teruskan juga sampai habis biar makan hari pon yang penting blog ada baju baru.




Haa tak banyak yang aku ubah. Simple touch up. Tapi kali ni puas hati sebab coding 100% sendiri dengan bantuan Wanaseoby. Okay tutup cerita pasal wajah baru.




Memandangkan sekarang aku masih bergelar "Penganggur Yang Berjaya" jadi aku banyak habis kan masa dengan spotify sebab baru subscribe Spotify Premium. Murah bak hang RM2 untuk 3 bulan. Harga biasa RM14.90/month. Lepas habis 3 bulan unsubscribe balik >.< , iflix or netflix takmau ke buat promosi macam ni? Hahaha. To be honest, aku takde modal nak update entry memandangkan baru ubah rupa blog, aku updatekan jugak. So bye.


Sekian.

Android 7.0 Nougat

Friday, November 04, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera



Seperti mana yang korang tahu, selepas marshmallow, Nougat adalah versi terbaru bagi sistem operasi smartphone android. So mesti ramai tertanya tanya, model mana yang bakal menerima kemas kini terbaru ini? Jadi bagi menjawab persoalaan korang, berikut aku listkan senarai awal model yang bakal menerima kemas kini Android 7.0 Nougat ni


Google
  • Nexus 6P
  • Nexus 5X
  • Nexus 9
  • Nexus 6
  • Pixel C
  • Android One



Samsung
  • Samsung Galaxy S7
  • Samsung Galaxy S7 Edge
  • Samsung Galaxy S6 
  • Samsung Galaxy S6 Edge
  • Samsung Galaxy S6 Edge +
  • Samsung Galaxy Note 5



Sony
  • Xperia X Performance
  • Xperia XZ
  • Xperia X
  • Xperia X Compact
  • Xperia XA
  • Xperia XA Ultra
  • Xperia Z5 Premium
  • Xperia Z5
  • Xperia Z5 Compact
  • Xperia Z3+
  • Xperia Z4 Tablet



Oneplus 
  • OnePlus 3
  • OnePlus 2
  • OnePlus X



Motorola
  • Moto G (4th Gen)
  • Moto G Plus (4th Gen)
  • Moto G Play (4th Gen)
  • Moto X Pure Edition (3rd Gen)
  • Moto X Style
  • Moto X Play
  • Moto X Force
  • Moto Z
  • Moto Z Droid
  • Moto Z Force Droid
  • Moto Z Play
  • Moto Z Play Droid
  • Droid Maxx 2
  • Droid Turbo 2



Xiaomi
  • Mi 5
  • Mi 4
  • Mi Note
  • Mi Max



HTC
  • HTC10
  • One M10
  • One M9
  • One A9




Asus
  • Zenfone 3
  • Zenfone 3 Deluxe
  • Zenfone 3 Ultra
  • Zenfone 2



Huawei
  • Mate 8
  • P9
  • P9 Plus
  • P9 Lite
  • Nova
  • Nova Plus



Lenovo
  • Zuk Z2
  • Z2 Pro
  • Zuk Z1
  • K4 Note
  • K5 Note



LG
  • V20
  • V10
  • G5
  • G4



Phone anda tiada dalam senarai? Jangan risau ye sebab ini cuma senarai awal. Mungkin jugak ada setengah model akan dapat cuma maybe lambat bergantung kepada keputusan pengeluar brand masing masing. Pernah jadi, pengeluar keluarkan list phone yang bakal terima update, tapi ditarik balik atas sebab sebab tertentu. Jadi, stay tuned XD

Sekian

Hoco. Premium Product

Tuesday, November 01, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Harini nak share satu review accessories smartphone yang memang tak asing dah dengan korang. Micro USB Cable. Kebetulan semalam aku keluar untuk settle-kan beberapa urusan. Aku singgah dekat kedai gadget sebab nak cari cable baru untuk power-bank aku. Sebelum ni memang aku akan cari cable berjenama Remax sahaja. Aku takkan beli jenama lain sebab aku tak yakin dan tak percaya. Sampai lah semalam terjumpa satu brand cable yang asing bagi aku tapi aku beli tanpa kaji dulu. Lepas dah beli baru kaji, ternyata aku tak buat keputusan yang salah.




Kotak packaging yang kecik dan simple.


Ini bukan gores dan menang ye. Sila gores dan scan QR Code ni and dia akan bagitau sama ada product kita genuine atau tidak.


Scan QR Code ni the dia akan re-direct kita terus ke laman web diorang. Mudahkan?


To be honest, aku suka L shape cable ni, ini antara punca utama kenapa aku terus beli tanpa kaji dulu. Tapi ternyata aku tak salah langkah! Alhamdulillah. Siap ada huruf H lagi! H untuk hafiz, H untuk Huawei <3



Hasil daripada scan QR code tadi, TAHNIAH anda punya product original. Hehehe. Tapi diingatkan, code tu cuma boleh di-scan SEKALI sahaja ok.




Sekian review pasal product by Hoco. So lepas ni kalau jumpa product ni, make sure grab yours as fast as you can okay. Tapi sebelum tu kena pastikan anda beli yang genuine okay. Dan nasihat aku sebaiknya cable cable ni pakai untuk powerbank sahaja! Tak digalakkan direct power supply. Sekadar nasihat.

Sekian.

Perang Telco

Saturday, October 29, 2016


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Semenjak menjadi pengguna tegar postpaid since 2015, aku mula rajin update-kan diri aku ni dengan meng-usha telco mana yang da best offer postpaid plan mereka. Start dengan Celcom kemudian port out, tukar ke Umobile and at last tukar ke Digi. Tak tau lah kalau port sekali lagi mau kena ban number aku. Hahaha.


Secara peribadi, aku memang suka kan Umobile P70. Sebab apa? Masa tu Video Onz untuk P70 masih unlimited. So boleh tengok youtube tanpa sikit punya risau pasal quota pon. Gempak kan? Tapi lepas P98 diperkenalkan, Video Onz untuk P70 tak lagi unlimited, dah di quota ke 7gb sahaja. But, still not bad kan? Tapi kenapa aku tukar? Sebab coverage dekat rumah tiba tiba jadi sangat tak okay. Hahaha.


So currently aku pengguna Digi Postpaid. Buat masa ni memang yes, Digi tak pernah lagi mengecewakan aku. Pergi mana mana steady line maintain 4G. Hehehe. So walaupun telco lain bagi macam macam promotion, so far aku tak rasa nak tukar lagi. So nahh kepada sesiapa ada plan nak tukar ke postpaid atau masih keliru, ini masa terbaik untuk korang pilih and buat keputusan baik baik.


Celcom



Umobile



Digi


Maxis.



Mana Maxis? Hahaha. Aku tak ambil cakna sangat pasal plan postpaid Maxis, sebab pada aku, plan postpaid dia mahal. Tunggu aku kaya raya dulu baru habiskan duit kat Maxis. Hahaha, Yes pon dia punya offer not bad. Tapi aku tak berminat sebab tak boleh nak kekalkan no. Plus, coverage dia aku masih taktau lagi macam mana dia punya condition. So tak berani nak amek risiko >.<.

Adios.

Throwback

Thursday, October 27, 2016






Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Niat asal taknak update dekat blog pasal konvokesyen, tapi bila teringat blog yang makin lama makin hambar, aku gagahkan diri untuk menaip juga walaupun tak panjang. 

Oh yaa, tadi ada semangat nak edit blog. Tengah edit situ edit sana edit sini, tiba tiba stuck. Lepas tu akhirnya aku tinggalkan jadi macam sekarang ni. Kalau rajin nanti, aku touch up lah lagi, Hahaha. Adios.


Sekian.
© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED