Beberapa Perkara

Thursday, July 28, 2016

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera

Bedasarkan tajuk diatas, harini ada beberapa perkara nak aku taip selepas entry terakhir yang bertarikh 17 July 2016 aku taip. Jadi bagi memudahkan proses untuk aku menaip serta bercerita, mari mulakan dengan numbering.


1. Blog Wajah Baru

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya edit blog aku berubah kepada yang lain sikit. Aku masih tak boleh move on dengan template yang lain selain daripada simple template, so nahh. Aku cakap dekat ajan yang kali ni aku berjaya buat perubahan ketara pada blog aku. Tapi end up dengan design macam ni. Sorry ajan ^^v. By the way nak say thanks to Anis Diyana. Sebab macam mana tercetusnya idea nak design blog macam ni lepas singgah blog dia. Aku contact dia atas dasar aku taknak kena kecam orang kata aku tiru dia. Ada setengah code aku curi dari Wana dan selebihnya aku guna tutorial aku sendiri. Cuma untuk kali ni tak banyak yang aku tambah atau ubah. Hampir 70% coding asal template designer.




2. Domain Expired

Email dari netKL berpusu pusu masuk bagitau domain nak expired. Memandangkan aku sekarang tengah kaya, maka aku buat keputusan untuk stop dari guna domain. Mungkin untuk seketika ataupun selamanya. Wahh., ayat tak boleh blah. Cumanya nak cakap yang aku masih tak rancang untuk terus guna domain unless ada insan yang bernama kekasih nak sponsor domain selama setahun. Hehehe.


3. Busy

Memandangkan aku sekarang tengah final year. final sem. final month sebelum tamat pengajian, so semester ni memang super duper awesome dia punya busy. Aku tak pernah expect short semester will be this freaking busy. Nak spend masa bersama blog pon sampai tak sempat. Doa kan mudah mudahan hujung hujung semester apa semua ni, Allah permudahkan segala urusan aku. Aminn.



4. Tamat.

Aku rasa aku dah takde benda nak diceritakan cuma nak cakap. Minta maaf if kunjungan korang tak dibalas. I really wish yang one day aku ada masa yang bebetul lapang untuk aku blogwalking and balas semua kunjungan korang. Aku dah lama jugak tak buat tutor, tak update tips and etc. Ahhh banyak gila benda tertangguh. Bila masa nak fokus dekat blog. Oh ya, do drop your comment pasal new look blog aku ye. LOL


Sekian.


Nak Minta Tolong Boleh?

Sunday, July 17, 2016

Salam and Selamat Sejahtera.





This shortsem memang the worst ever shortsem aku rasa. Even jadual kelas tak pack, tapi assignment dia mashaAllah. Semua nak rushing sampaikan nak bernafas pon kena curi curi masa // read as hiperbola. Untuk subjek entrepreneurship ni kitorang kena present Business Model Canvas. So aku dipilih untuk jadi wakil presenter dari group aku. Presentation day dia khamis ni bersamaan 21/07/2016. Jadinya aku nak minta tolong and jasa baik korang untuk like page group aku ni haa. 


Dah like, kemudian spreadkan pada orang lain. Minta mereka mereka pon like sama. Please. Nak kasi like tu kalau boleh lebih dari 200 or 300 likes. Aku harap sangat korang korang dapat tolong like. Nah kasi cikedis setiap satu untuk mereka yang sudi like. Kalau nak drop komen positive dekat page kami pon tiada masalah. Sangat dialu alukan. Harap korang dapat tolong!





Domain Bakal Tamat.

Saturday, July 16, 2016

Entry update sekadar memenuhi syarat berblog.

Haritu aku ada terima satu email dari NetKL. Sedar tak sedar, almost setahun aku pakai domain sendiri. So nak dipendekkan cerita, NetKL bagitau yang domain aku nak expired. Dia suruh aku bayar dekat deme cepat cepat untuk mengelakkan sebarang masalah pada blog aku nanti. Masalahnya disini, kenapa aku kena renew domain disaat aku bebetul kering takde duit TT____TT. Like seriously, this shortsem bebetul banyak pakai duit. Itu ini nak kena bayar. Stress dengan financial yang tak berapa nak stabil buat masa ni ;~~;





Aku fikir semula untuk kembali menggunakan domain blogspot seperti dahulu kala. Tapi aku ada rasa sayang and selesa bila dah lama guna domain sendiri, so nak tanya dengan muka tak malu. Ada tak orang yang nak sponsor support domain aku untuk setahun? HAHAHA. bye. 

Andai kata kalau lepas ni korang cuba cari hafizzulkafly.com tapi tak jumpa, mohon paham yang aku dah balik ke blogspot semula. Insha Allah, ada rezeki nanti boleh pakai balik semula domain TT^TT.

Korang tu pon. Rajin rajin lah sikit tolong sekali sekali klik iklan nuffnang aku. So boleh lah aku guna duit nuffnang untuk support bayaran untuk domain aku ni. Hahaha. Okay aku rasa entry ni dah macam entry si pengemis yang desperate. LOL.


© 2017 HAFIZ ZULKAFLY ALL RIGHTS RESERVED